SOALAN-SOALAN LAZIM
Soalan-soalan lazim berkaitan dengan proses penebusan Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) 2022
Bagaimanakah agihan Bantuan Keperluan Sekolah dijalankan?
Ketua Isi Rumah atau pasangan yang disahkan oleh LZS adalah seorang yang bertanggungjawab untuk membuat pembelian barangan keperluan persekolahan bagi pihak tanggungannya.
Bagi Warganegara Malaysia, hanya MyKad Ketua Isi Rumah atau Pasangan sahaja dibenarkan untuk membuat pembelian.
Manakala Bukan Warganegara Malaysia, sila bawa nombor akaun 12 digit untuk dimasukkan ke dalam terminal pembayaran
Jumlah peruntukan adalah tertakluk kepada jumlah yang diluluskan oleh LZS kepada setiap penerima, pembelian barang keperluan peralatan sekolah boleh dilakukan di mana-mana kedai/pasaraya terpilih yang dilantik oleh LZS mulai 13 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022
Apakah kemungkinan yang akan terjadi sekiranya saya tidak membeli pakaian seragam sekolah?
Sekiranya, anda memilih untuk tidak membeli pakaian seragam sekolah, transaksi jualan tersebut adalah tidak sah dan terbatal. Pembelian pakaian seragam sekolah adalah wajib sebelum anda dibenarkan membeli barang keperluan peralatan sekolah yang lain.
Contoh:
Keluarga Ali mempunyai 3 orang anak yang menerima bantuan Oleh itu, 3 pasang pakaian seragam sekolah perlu dipilih dahulu sebelum memilih barang keperluan peralatan sekolah yang lain
Bagaimanakah cara untuk membuat pembelian sekiranya anda adalah bukan pemegang MyKad (Bukan Warganegara Malaysia)?
Anda perlu menunjukkan 12 digit nombor akaun yang diberikan oleh LZS sebagai bukti yang anda adalah penerima yang sah ketika membuat pembelian. Juruwang hanya akan meneruskan proses jualan di kaunter setelah mengesahkan nombor yang diberikan serta pin nombor yang betul dimasukkan oleh anda.
Sekiranya MyKad saya rosak / hilang atau tidak boleh digunakan, apakah yang perlu dilakukan?
Jika MyKad anda rosak atau cip MyKad gagal disahkan, transaksi jualan secara manual akan dilakukan melalui terminal yang disediakan.
Anda diminta untuk membuat MyKad yang baru di cawangan JPN yang berhampiran secepat mungkin bagi memastikan tiada sebarang masalah ketika melakukan transaksi pada masa akan datang. Kami menyarankan supaya anda sentiasa membawa MyKad bersama anda. Jika MyKad gagal diserahkan ketika membuat pembelian, transaksi tersebut tidak akan diteruskan atau dibatalkan serta merta.
Mengapa saya tidak boleh membuat sebarang transaksi semasa “Card Error” (Kad Rosak)?
Anda dikehendaki menukar MyKad yang baru dengan segera di cawangan JPN yang berhampiran.
Mengapa saya tidak boleh membuat transaksi semasa “Wrong Pin Exceeded” (Nombor PIN telah dicuba 3 kali)?
"Wrong PIN Exceeded" bermaksud nombor PIN telah dicuba lebih dari 3 kali dan nombor tersebut adalah nombor yang salah. Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami ditalian 603-7720 1800.
Sekiranya mengalami gangguan talian Internet ketika proses pembelian, adakah transaksi tersebut berjaya dilakukan?
Tidak, pembelian tersebut tidak berjaya jika berlakunya gangguan talian Internet. Ini kerana terminal pembayaran DIV memerlukan sambungan Internet untuk membuat capaian transaksi kepada sistem.
Namun begitu, terminal pembayaran DIV telah dilengkapi dengan talian sandaran daripada pembekal perkhidmatan seperti DiGi, Maxis, Celcom dan lain-lain. Talian kedua akan digunakan sepanjang berlakunya gangguan tersebut dan proses pembelian boleh dibuat seperti biasa.
Apakah Terma dan Syarat Pemulangan atau Penukaran untuk pakaian seragam atau barang keperluan peralatan sekolah yang lain?
Ketua Isi Rumah atau pasangan adalah digalakkan untuk membawa penerima bantuan semasa pembelian untuk mendapatkan ukuran/saiz yang tepat. Namun sekiranya penukaran barangan ingin dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sila rujuk Terma dan Syarat Pertukaran.
Sekiranya pembelian melebihi kadar yang ditetapkan, apakah yang akan berlaku?
Setiap pembelian yang melebihi kadar yang ditetapkan, penerima perlu menanggung sendiri baki kos lebihan tersebut.
Apakah kemungkinan yang akan terjadi sekiranya saya membeli dibawah kadar yang ditetapkan (berbaki)?
Bagi pembelian yang tidak melebihi kadar yang ditetapkan (berbaki), penerima tidak boleh membuat tuntutan tunai baki kadar yang tidak dibelanjakan.
Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan peralatan sekolah yang lain seperti alat tulis, beg, kasut dan lain-lain barang yang disahkan oleh LZS.
sebarang aduan berkaitan dengan khidmat pelanggan kedai/pasaraya boleh disalurkan terus kepada talian khidmat pelanggan DIV